Kontroversi Menghina Saidatina Khadijah Khuwailid R.A Rosnah Mat Aris

Terkenal dengan mulut lancangnya, Pada bulan Januari 2007 Rosnah telah terlanjur dalam berbicara apabila diminta mengulas tentang isu bercinta dengan lelaki muda, beliau telah mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w juga bercinta dengan Siti Khadijah yang sewaktu itu berumur 40 tahun. "Tua ke muda? Dah nak mampus ke tidak tu?" katanya dengan selamba diikuti dengan hilai tawa beberapa orang penonton di studio.

Disebabkan keceluparan Rosnah Mat Aris menghina isteri Rasullullah, program hiburan Sensasi TV3 telah ditarik balik siarannya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk siaran langsung. Walaupun Pengurus Besar hiburan TV3, Azhar Borhan mengatakan rancangan Sensasi akan dibuat secara rakaman, ternyata Sensasi terus lenyap dan tidak diteruskan. Rosnah juga telah digantung selama setahun daripada muncul di mana-mana kaca TV dan siaran radio.